fbpx

1,317 kes baharu, empat kematian direkod

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,317 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 362,173 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 12 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala, sebanyak 1,305 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula mencatatkan sebanyak 15,835 kes.

“Terdapat empat kes kematian baharu menjadikan sebanyak 1,333 kes kematian Covid-19 di Malaysia.

“Angka kes sembuh pula merekodkan sebanyak 1,052 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 345,005 kes,” katanya pada Facebook beliau di sini hari ini.

Ujarnya, terdapat 188 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 84 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI