fbpx

Video tular tertidur dalam majlis, Timbalan Menteri mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang Timbalan Menteri tertidur pada satu majlis graduasi.

SEREMBAN –  Susulan video tular di media sosial Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith telah memohon maaf kerana tertidur pada sebuah majlis yang graduasi yang dihadirinya semalam.

Menurut Pegawai tugas-tugas khasnya, Farahiah Zubir , beliau (Eddin Syazlee) sebenarnya terlalu keletihan dan kurang sihat.

“Bagaimanapun, bagi memenuhi undangan jemputan beliau gagahkan diri untuk hadir.

“Pada majlis berkenaan, Eddin telah meluluskan pemasangan penghawa dingin untuk dewan Sekolah Menengah Sains Kuala Pilah dan juga menyumbang sedikit dana untuk membantu pihak sekolah memperoleh bas untuk kegunaan pelajar,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Video berkenaan turut menunjukkan Ahli Parlimen Kuala Pilah itu dikejutkan oleh pengawal peribadinya yang berada di bawah pentas ketika kejadian.

Hari ini, tular sebuah video berdurasi satu minit empat saat di media sosial memaparkan Eddin Syazlee tertidur ketika menghadiri majlis khatam Al-quran dan graduasi huffaz kali ke-5 Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah di sebuah hotel di Seremban.

Video tersebut turut memaparkan itu dua individu yang berada di atas pentas cuba mengejutkan beliau namun gagal sebelum seorang lelaki iaitu pengawal peribadinya mengejutkannya lalu bangun dan meneruskan majlis. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI