BANGKOK – Lebih setengah juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada rakyat Thailand di seluruh negara, kata seorang pegawai kesihatan semalam.
Wakil jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul mengatakan bahawa 1,038,256 dos vaksin telah diedarkan ke hospital dan pusat perubatan di negara ini, lapor akhbar Bangkok Post, hari ini.
Pecahan penerima vaksin terbahagia kepada dua iaitu 952,205 dos adalah vaksin AstraZeneca dan baki 86, 060 merupakan vaksin Sinovac.
Sejak permulaan program vaksinasi negara itu pada 28 Februari hingga 9 April, sebanyak 537,380 dos diberikan di 77 wilayah Thailand.
Daripada jumlah tersebut, 470,301 telah menerima dos pertama sementara 67,079 yang lain telah mendapat kedua-dua dos vaksin yang ditetapkan.
Sebilangan besar penerima vaksin ialah petugas kesihatan.
Wilayah yang mencatat jumlah penerima vaksin tertinggi adalah Bangkok iaitu seramai 113,367.
Bagaimanapun, angka ini masih mewakili kurang dari 1 peratus populasi ibu kota yang dianggarkan melebihi 10 juta penduduk.
Bagi mencapai status kelompok vaksinasi, sekitar 70 peratus penduduk perlu mempunyai antibodi terhadap Covid-19. – Agensi