fbpx

Suami perli ‘Morning sickness’ isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan luahan wanita tersebut.

Oleh IZZATUL ‘AIN AZMAN

PETALING JAYA – Satu tangkap layar di aplikasi Instagram mengenai ‘morning sickness’ yang dialami oleh seorang wanita ini menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna media sosial itu.

Kisah ‘morning sickness’ itu dikatakan bermula di Twitter baru-baru ini.

Menurut tangkap layar yang tular itu, seorang wanita menceritakan keadaannya semasa mengandung dan mengalami alahan yang teruk sehingga diperli oleh suaminya sendiri.

Bukan itu sahaja, suaminya juga menganggap wanita itu mengada-ngada kerana tidak mampu menguruskan dirinya sendiri.

Ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh suami wanita itu.

Menurut pengguna Twitter meminta  wanita itu supaya bersabar dan buat perancangan masa depan dengan sebaik-baiknya.

“Tak perlulah ada anak sekiranya belum bersedia atau tak mampu galas tanggungjawab. Buat perancangan keluarga,” komen Aku Takumi.

Seorang lagi pengikut Twitter pula berkata, suami wanita itu sepatutnya menghargai dan menjaga isterinya yang mengandung sehingga bersalin bukannya dilayan sedemikian. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI