fbpx

PKPD Penjara Tapah dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah, Batang Padang, Perak dilanjutkkan selama 14 hari lagi bermula 13 April sehingga 26 April 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan masih berlaku penularan jangkitan serta ramai tahanan yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) belum sembuh sepenuhnya.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Penjara Tapah yang dijadualkan tamat esok, 12 April 2021.

“Dalam tempoh itu, KKM telah melaksanakan 3,572 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 891 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain Ismail Sabri berkata, KKM mengesahkan terdapat keperluan memperluaskan kawasan PKPD di Mukim Hulu Besut, Daerah Besut, Terengganu.

Ia susulan daripada pergerakan kes positif Covid-19 di kedua-dua kampung ini bagi aktiviti keramaian dan perkumpulan.

“Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak, Mukim Hulu Besut, Daerah Besut, Terengganu yang dijadualkan tamat pada 20 April 2021.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Kampung Pak Sik dan FELCRA Keruak, Mukim Hulu Besut, Daerah Besut, Terengganu bermula 12 April sehingga 20 April 2021,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI