fbpx

PDC hentian rehat rider Hulu Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kiri) menyampaikan replika kunci kepada wakil rider Hulu Terengganu sebagai simbolik pembukaan PDC di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Pusat Khidmat Parlimen Hulu Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT) membina Pusat Penghantaran Prihatin (PDC) bagi menghargai sumbangan penghantar makanan atau rider di daerah tersebut.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, PDC yang dilengkapi penyaman udara dan kemudahan surau tersebut merupakan ruang buat penghantar makanan tersebut berehat sementara menunggu pesanan daripada pelanggan.

“Saya difahamkan daerah (Hulu Terengganu) ini mempunyai kira-kira 30 rider aktif dan sebelum ini mereka terpaksa menumpang teduh di merata-rata tempat untuk berehat sementara menunggu pesanan pelanggan.

“Sehubungan itu, kami mengambil inisiatif mewujudkan PDC ini sebagai pusat hentian untuk rider berkenaan berehat sebagai penghargaan kepada mereka,” katanya.

Terdahulu beliau ditemui selepas merasmikan PDC Parlimen Hulu Terengganu
yang terletak di pejabat MBDHT, Kuala Berang di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI