PETALING JAYA – Satu rakaman video berdurasi 45 saat menunjukkan seorang Timbalan Menteri tertidur dalam satu majlis penyampaian anugerah tular di media sosial hari ini.
Dalam rakaman video tersebut beberapa individu dilihat terpaksa mengambil masa sebelum dapat mengejutkan Timbalan Menteri yang tertidur di atas pentas.
Beliau dipercayai berada dalam satu majlis graduasi sebagai jemputan rasmi kerana turut menyarung jubah konvokesyen.
Pada 11 November 2019, Ahli Parlimen dari Negeri Sembilan itu pernah dilaporkan pitam di tempat duduk ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung.
Sebilangan netizen melahirkan rasa simpati di atas keadaan Timbalan Menteri itu yang berkemungkinan terlalu kepenatan atau disebabkan oleh faktor kesihatan. – K! ONLINE