fbpx

Mayat lelaki terbakar ditemui dalam ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memeriksa di lokasi mayat seorang lelaki yang terbakar di ladang kelapa sawit di Nibong Tebal semalam.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan mayatnya terbakar di dalam ladang kelapa sawit berdekatan sebuah kilang di Jalan Bukit Panchor, Nibong Tebal di sini semalam.

Mayat dikenal pasti sebagai S. Sashi Kumar, 28, ditemui orang awam kira-kira pukul 6.50 petang sebelum memaklumkan kepada polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mayat ditemui hangus terbakar dalam keadaan terlentang.

“Mayat masih berkasut semasa ditemui dengan pakaian terbakar selain terdapat kesan kebakaran pada pangkal pokok kelapa sawit kira-kira dua meter dari tempat mayat ditemui.

“Turut dijumpai di tempat kejadian adalah pemetik api dan botol mineral dipercayai diisi dengan minyak petrol,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Chong Chern berkata, siasatan polis turut menemui sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna biru kira-kira 15 meter daripada mayat.

“Keadaan kereta dipercayai milik si mati itu tersusun kemas dan tiada tanda tanda pergelutan berlaku selain tiada sebarang senjata yang dapat dikaitkan dengan kejadian itu.

“Kes diklasifikasikan sementara sebagai kematian mengejut sebelum keputusan bedah siasat memandangkan tiada unsur yang mencurigakan dan dipercayai si mati telah membunuh diri,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI