fbpx

Lili Ayumi kental hidup berdikari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LILI AYUMI pernah mengembara ke Australia untuk menimba pengalaman sebagai pemetik buah.

GADIS genit yang menghiasi kolum Pesona Ahad pada ming­gu ini berpegang teguh dengan prinsip sentiasa berusaha dan berjuang bagi mendapatkan sesuatu kejayaan dalam hidup.
Puteri Lili Ayumi Aminudin atau mesra disapa Lili Ayumi yang mempunyai ketinggian 155 sentimeter dan berat 40 kilogram itu dididik sedemikian oleh kedua-dua orang tuanya memandangkan dunia sekarang yang semakin mencabar.

Baru berusia 24 tahun, Lili Ayumi rupa-rupanya pernah mengembara seorang diri ke bumi Melbourne, Australia dan bekerja sebagai pemetik buah anggur.
Anak sulung daripada tiga beradik yang bekerja sebagai penghibur, pelakon dan mo­del sambilan itu me­negaskan dia mahukan pasangan yang menghormati orang tua dan tidak menyukai pasangan pengotor dan pemalas.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan mengenai karier anda?
Lili Ayumi: Saya bertugas di bahagian khidmat pelanggan di Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dengan skop kerja sebagai penari dan me­nganjurkan acara. Selain itu, saya juga berjinak-jinak sebagai pelakon dan model sambilan.
Pengalaman indah dalam hidup?
Menjuarai pertandingan mo­delling secara dalam talian pada tahun lalu. Itu merupakan percubaan kali pertama dan tuah menyebelahi saya. Saya membawa pulang trofi, tiara, sijil dan produk kecantikan bernilai RM20,000.

Siapa pendorong atau idola?
Neelofa, kerana beliau serba-boleh, bukan sahaja sebagai selebriti, malah berjaya dalam bidang perniagaan hingga dikenali hingga di peringkat antarabangsa.

Perkara mencabar yang pernah dilakukan sebelum ini?
Hidup bersendirian di negara orang dan menimba pengalaman sebagai pemetik anggur selama tiga bulan. Sepanjang hidup di benua berkenaan, saya hidup berdikari tanpa bantuan orang lain termasuk meminta wang saku daripada ibu bapa.

Tips penjagaan badan?
Saya meminum air kosong dan teh lemon madu untuk membuang toksin dalam badan. Saya juga melakukan senaman ringkas selama 25 hingga 30 minit yang menjadi rutin wajib pada setiap pagi. Selain itu, tidur yang mencukupi juga dapat menyegarkan badan.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Saya tidak menyukai lelaki yang pengotor, pemalas dan bercakap kasar. Paling saya tekankan ialah mereka yang menghormati orang tua. Selain itu, bekerja keras dan bersemangat untuk me­ngubah diri, itu yang lebih pen­ting. Ibarat pepatah ‘benih yang baik kalau dicampak ke darat menjadi gunung dan sekiranya dicampak ke laut menjadi pulau’.

Sekiranya diberikan wang tunai RM1 juta, apa yang anda akan lakukan?
Membeli rumah untuk kedua-dua ibu bapa bagi membalas jasa mereka membesarkan saya. Wang selebihnya akan digunakan untuk membuka perniagaan berkaitan kecantikan dan makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI