fbpx

Penjenayah agresif, polis lepaskan tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta pacuan empat roda yang terkena tembakan anggota polis dalam kejadian di Kampung Dambai, Papar pagi tadi. -Foto: Ihsan Polis

KOTA KINABALU – Polis melepaskan dua das tembakan ke arah sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux dinaiki dua lelaki dipercayai terbabit kes curi kenderaan di Kampung Dambai, Papar dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 pagi itu, suspek dipercayai cuba melanggar anggota polis bertugas.

Dua das tembakan dilepaskan oleh seorang anggota polis bagi mempertahankan diri, namun suspek dapat meloloskan diri.

Difahamkan, pihak polis menerima maklumat berhubung kes curi kenderaan di Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu pada pukul 5 pagi.

Anggota polis yang melakukan rondaan menerima maklumat kenderaan itu sedang menuju ke daerah Papar.

Polis mengesan kenderaan yang disyaki dicuri itu berhenti.

Pemandu dan penumpang diminta turun dari kenderaan, namun mereka bertindak agresif dan cuba merempuh salah seorang anggota polis.

Dalam keadaan cemas dan bagi melindungi diri, polis melepaskan dua das tembakan pada bahagian belakang Toyota Hilux.

Kenderaan itu memecut laju ke arah Jalan Uku Bogok sebelum ditemui ditinggalkan di tepi jalan.

Dua suspek itu bagaimanapun sudah melarikan diri.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali mengesahkan kejadian itu. Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan kedua-dua suspek tersebut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI