fbpx

Lapan lokaliti di Sabah, satu di Sarawak kena PKPD esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan lokaliti di daerah Tawau, Sabah bermula esok sehingga 25 April 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan Covid-19 di lokaliti tersebut dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

“Lokaliti yang terlibat dengan pelaksanaan PKPD ialah Taman Sri Bukit Tawau, Taman Cahaya; Jalan Tengku Osman, Kuarters Bomba Tawau, Bandar Sri Indah, Jalan Mesra, Kampung Titingan dan Taman Golden Hill.

“Sehingga kini, secara kumulatif sebanyak 76 kes positif Covid-19 dan 220 orang kontak rapat telah dikesan dalam lapan lokaliti tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga bersetuju melaksanakan PKPD di Sungai Passin, Daerah Matu, Bahagian Mukah, Sarawak bermula 12 April hingga 25 April depan berikutan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak.

“Sehingga kini, secara kumulatif sebanyak 32 kes positif Covid- 19 telah
direkodkan hasil saringan ke atas 64 orang penduduk di lokaliti tersebut.

“Pelaksanaan PKPD akan memudahkan tindakan kawalan dan pencegahan Covid-19 dengan cepat dan berkesan sekali gus menghalang penularan kes di lokaliti ini,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI