fbpx

JHEAIK pantau 71 tempat tumpuan kaki ponteng puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najmi (kiri) bersama Radzi menunjukkan poster memaklumkan tentang kesalahan dan hukuman bagi peniaga yang menjual makanan kepada individu tidak berpuasa serta kaki ponteng puasa.

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) akan memantau 71 lokasi di negeri ini yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa sepanjang Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Kedah, Datuk Najmi Ahmad memberitahu, lokasi tersebut antaranya melibatkan restoran, gerai makan, kediaman serta kawasan sunyi tempat peniaga meletakkan kereta membawa makanan berbungkus.

“Paling banyak lokasi kaki ponteng ini adalah di daerah Kota Setar iaitu sebanyak 12 tempat diikuti Kuala Muda (11), Kubang Pasu (9), Bandar Baharu (6), masing-masing lima tempat di Pendang, Yan, Baling dan Kulim.

“Ia diikuti masing-masing empat tempat di Sik dan Langkawi, Padang Terap (3) dan Pokok Sena (2),” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JHEAIK, Sheikh Radzi Abdul Muttalib di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Kata beliau, pemantauan dan rondaan oleh hampir 200 kakitangan JHEAIK yang memiliki kad kuasa akan terus dilakukan di lokasi terlibat dari semasa ke semasa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI