SEMPENA kedatangan bulan mulia Ramadan beberapa hari saja lagi, ramai artis mula sibuk menjalani penggambaran untuk kandungan siaran Hari Raya kelak contohnya program dan drama raya.
Diva ada perasan penyanyi Iman Troye dan Naim Daniel terlibat dalam penggambaran untuk sebuah program terbitan Astro.
Meskipun tidak didedahkan untuk program apa, tetapi peminat sebenarnya lebih tertarik dengan gaya kedua-dua penyanyi itu yang mengenakan busana sepadan berwarna putih. Iman memakai baju kurung, sementara Naim pula menyarung baju Melayu.
Eh! Sekali dengar dah macam baju pengantin pula kan? Ramai peminat yang mengusik mereka dengan mengatakan itu program raya atau bertunang? Kelakar pula Diva baca komen peminat.
Peminat sedia maklum dengan keakraban hubungan mereka yang sudah seperti adik-beradik. Cuma kapsyen yang ditulis Iman mengundang perhatian ramai.
“Dengan abang sayang!” tulisnya. Amboi, bersemutnya! Dulu Naim pun pernah juga tulis kapsyen sayang-sayang ketika memuat naik gambar bersama Iman.
Susulan itu, ramai juga yang mendoakan mereka berjodohan. Tak salah kan doa perkara baik? Nampak serasi dan sepadan je.
DIVA: Takut tengok kelakuan seorang pelakon yang macam tidak keruan dan jiwa kacau.