fbpx

Filem James Bond terakhir Daniel Craig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIEL CRAIG

PELAKON tersohor Daniel Craig, 53, dikhabarkan akan turun padang untuk mempromosikan sendiri sekuel James Bond yang mempamerkan lakonan terakhirnya, No Time To Die.

Filem tersebut dijangka bakal ditayangkan pada September nanti.

Menurut Craig, dia memilih untuk menghadiri majlis tayangan perdana filem tersebut dan tidak mahu melakukan promosi secara dalam talian seperti yang dilakukan oleh kebanyakan artis ketika ini.

Sehingga kini, Craig telah mengenal pasti beberapa lokasi seperti London, beberapa buah lokasi di Eropah dan Amerika Syarikat untuk melakukan promosi filem berkenaan.

Pada masa sama, penerbit filem No Time To Die juga ingin melakukan promosi secara besar-besaran supaya tiket wayang filem terbabit dapat terjual sebanyak mungkin di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI