fbpx

Erma Fatima tak kisah kehadiran ‘pelakon segera’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGARAH Erma Fatima.

Sebelum ini heboh tentang rasa tidak puas hati beberapa pelakon tentang kemunculan ‘pelakon segera’ dalam kalangan selebriti media sosial.

Kononnya pelakon daripada kalangan tersebut tidak berbakat. Cuma mengharapkan kepada rupa paras dan jumlah pengikut yang ramai semata-mata.

Kawan Diva ada berbual dengan seorang pengarah dan juga penerbit tersohor, Erma Fatima baru-baru ini. Katanya, dia tidak kisah pun tentang kehadiran pelakon dalam kalangan selebriti media sosial ketika ini.

Alasannya sebab industri hiburan sekarang terutamanya dalam kalangan pelakon sudah ketandusan muka-muka baharu yang akan jadi pelapis.

Kata Erma lagi, sekarang kalau buka televisyen, balik-balik muka pelakon yang sama sahaja. Bosan!

Ditanya soal bakat pula, katanya perkara tersebut boleh diasah. Sampai bila nak mengharapkan muka sedia ada untuk pegang watak hero dan heroin. Lama-kelamaan nanti mereka akan tua juga dan perlu diganti dengan pelakon baharu.

DIVA: Pengacara dan pelakon Sherry Alhadad nampaknya makin hari makin langsing. Apa rahsia?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI