fbpx

Empat lelaki Pakistan cuba rasuah polis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat lelaki Pakistan yang didakwa cuba memberi rasuah kepada anggota polis direman tiga dan enam hari bermula hari ini.

SUNGAI PETANI – Empat lelaki Pakistan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana cuba memberi rasuah wang tunai sebanyak RM150 kepada seorang anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di Kulim dekat sini semalam.

Warga asing berusia antara 22 hingga 41 tahun itu dicekup selepas didapati tidak mempunyai borang rentas negeri dari Pulau Pinang ke Kulim dekat sini.

Mereka kemudian ditahan di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani kira-kira pukul 4.30 petang kelmarin bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, mereka dipercayai cuba memberi rasuah kepada anggota polis sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan kerana tidak mempunyai borang rentas negeri.

“Pihak polis kemudian menyerahkan empat lelaki Pakistan itu kepada SPRM Sungai Petani pada semalam untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Sungai Petani, Dalilah Ismail membenarkan seorang suspek berumur 32 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini manakala tiga lagi rakannya berumur 22, 31 dan 41 tahun pula direman selama enam hari.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap ketika dihubungi mengesahkan penahanan empat warga asing terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI