fbpx

Eksekutif produksi rasuah kakitangan MPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Wong Xin Wei dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan memberi rasuah kepada kakitangan kerajaan, 13 Julai tahun lalu. - Foto : BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang eksekutif produksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merasuah seorang kakitangan kerajaan sebanyak RM3,000 di Kluang, tahun lalu.

Tertuduh, Wong Xin Wei, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Penguatkuasaan dan Keselamatan, Majlis Perbandaran Kluang, pada 13 Julai 2020 memberikan suapan RM3,000 kepada ejen kerajaan, Nik Ekbar Effendi Nik Sazali.

Tertuduh didakwa melakukan suapan itu sebagai dorongan untuk membatalkan kompaun bagi kesalahan mendirikan struktur bangunan tanpa kebenaran majlis.

Bagi kesalahan tersebut, dia dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Mahkamah kemudian memberikan jaminan berjumlah RM8,000 dengan seorang penjamin warga tempatan beserta syarat tambahan pasport diserah kepada mahkamah dan tertuduh perlu lapor diri di pejabat SPRM Kluang setiap 2 haribulan sepanjang kes berlangsung.

Ahmad Kamal Arifin kemudian turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 26 April ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI