fbpx

Datuk cabul cucu didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas dibawa ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap cucunya sendiri. Foto : KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan perbuatan amang seksual kepada cucu perempuannya yang berusia 8 tahun pada awal Mac tahun ini.

Tertuduh yang berusia 74 tahun membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob dalam bahasa Mandarin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang tidak bekerja didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di sebuah rumah di Skudai di sini pada pukul 6 petang, 6 Mac 2021.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa telah melakukan amang seksual terhadap mangsa dengan membuat kanak-kanak itu menyentuh mana-mana bahagian tubuh badan kanak-kanak itu sendiri.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(c) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Sementara itu, dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual ke atas mangsa.

Bagi kesalahan itu pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan ikat jamin ke atas tertuduh dengan alasan tertuduh dan mangsa tinggal di rumah sama kerana dibimbangi tertuduh akan mengganggu mangsa.

Wan Mohd. Norisham kemudian menetapkan tarikh 2 Jun untuk sebutan semula kes dan beliau turut meminta tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Edelynn Wong. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI