fbpx

Aibkan anak sendiri? Saya minta maaf – Cef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERINA dan Aidil berkahwin tanpa pengetahuan bapanya Cef Wan.

PETALING JAYA – Selebriti cef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail memohon maaf sekiranya ada pihak menyifatkan dirinya sengaja mengaibkan keluarga sendiri berhubung pernikahan anak keduanya, Serina.

Menerusi satu hantaran yang dimuat nak dalam Instagram, Redzuawan, 63, bagaimanapun berkata, sebagai seorang bapa, dia berhak bertindak sedemikian memandangkan Serina bernikah tanpa pengetahuannya.

“Beginilah kehidupan dunia. Apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peminat yang memberikan kata-kata semangat untuk saya.

“Saya memohon maaf kepada mereka yang beranggapan bahawa saya mengaibkan anak sendiri. Bagi saya, selepas Serina mengumumkan pernikahannya dalam Instagram, saya perlu tampil menjelaskan keadaan sebenar.

“Nikah sempadan tak berdaftar ke atau nikah di Siam ke, kebenarannya kedua-duanya telah menikah sebulan lalu ketika dia (lelaki tersebut) masih lagi berkahwin dengan isteri pertama,” tulis Cef Wan.

Ujarnya lagi, Serina dan suaminya sebelum ini pernah datang berjumpa dengannya untuk meminta restu untuk berkahwin.

“Depan saya dua-dua tipu saya hidup-hidup, berlakon minta restu konon. Dah nikah mengaku sajalah. Masalah ini tidak akan timbul pun.

“Tuduh orang fitnah nak rosakkan keluarga dan sebagainya. Bangkai gajah lama-lama pun bau busuk,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Cef Wan turut memberi teguran sinis pada netizen yang suka meninggalkan komen tanpa usul periksa supaya teruslah berbuat demikian.

“Apa yang penting saya telah memberikan pengajaran kepada mereka (Serina dan suami) supaya jangan menipu dan berdolak-dalih.

“Juga kepada mereka di luar sana, jangan membelakangkan emak ayah dalam urusan nikah kahwin. Banyak betul cerita yang kita dengar, di akhirnya hidup mereka tidak selamat. Hormati ibu dan bapa kita,” tulisnya.

Sejak beberapa hari lalu, heboh dalam media sosial tentang pernikahan Serina dengan suaminya, Aidid yang dikatakan berlangsung tanpa pengetahuan Cef Wan.

Sehubungan itu, Cef Wan telah memuat naik beberapa hantaran meluahkan rasa kecewa tentang pernikahan anaknya dan mendedahkan bahawa kedua-duanya telah bernikah di Thailand.

Serina bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa pernikahannya telah dijalankan di Perlis.

Dia juga menafikan bahawa Aidid berstatus suami orang, sebaliknya seorang duda.

Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Tristan Tareef O’luanaigh,11 dan Isabella Saffiya, sembilan tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI