fbpx

1,739 kes baharu : kes Covid-19 melebihi 360,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,739 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 kini mencecah 360,856 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor mencatatkan kes tertinggi sebanyak 535 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 443 kes dan Sabah sebanyak 127 kes.

“Selain itu, Pulau Pinang (113 kes), Kelantan (98 kes), Kuala Lumpur (96 kes), Johor (67 kes), Melaka (59 kes), Perak (50 kes), Negeri Sembilan dan Kedah (masing-masing 40 kes), Terengganu (34 kes) dan Pahang (22).

“Putrajaya pula merekodkan 11 kes hari ini dan Labuan dengan empat kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya lagi, Perlis tidak melaporkan kes baharu pada hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI