fbpx

YADIMart jual lebih 2,000 barang segar, keperluan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasrudin Hassan (dua dari kiri) bersama Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA), Datuk Zainal Abidin Yang Razalli (kanan) menunjukkan ayam yang dijual pada harga RM1 pada majlis pelancaran Pasar raya Yadimart di Seri Kembangan di sini, hari ini.

SERI KEMBANGAN – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini melancarkan pasar raya YADIMart yang menjual lebih 2,000 barangan segar dan keperluan rumah di Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini.

Yang Dipertua Yadim, Nasrudin Hassan berkata, penubuhan pasar raya tersebut merupakan manifestasi kesungguhan mereka melestarikan gerakan dakwah.

“Gerakan dakwah mempunyai cakupan luas, termasuklah dalam bidang ekonomi dan perniagaan sebagaimana yang pernah diterokai Rasulullah SAW dan para sahabat dan pendakwah sebelum ini.

“Penubuhan YADIMart juga merupakan sebahagian daripada pelan kemapanan kewangan kami bagi memastikan badan dakwah ini mampu menjana pendapatan yang akhirnya akan dimanfaatkan kembali dalam usaha dakwah serta kebajikan,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI