fbpx

Wanita maut jatuh tingkat 18 kondominium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba membantu mengangkat mayat seorang wanita yang terjatuh di sebuah kondominium di Ayer Itam, George Town tengah malam tadi.

GEORGE TOWN – Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Jalan Bukit Kukus, Ayer Itam di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah malam itu, mangsa berusia 30-an meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati terdapat satu mayat wanita yang terjatuh di atas bumbung bilik panel suis Tenaga Nasiona Berhad (TNB).

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 18 bangunan berkenaan dan terdampar di atas bumbung bangunan di tingkat satu.

“Pasukan bomba menurunkan mangsa dengan menggunakan tangga daripada jentera,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jurucakap itu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh wakil Kementerian Kesihatan sebelum mayat diserahkan kepada polis.

Beliau berkata, operasi yang dijalankan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong itu ditamatkan pukul 2.27 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI