fbpx

Villa intai peluang ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH (tengah) tidak dapat diturunkan menentang Liverpool malam ini kerana dilaporkan masih belum pulih daripada kecederaan. – AFP

LONDON – Pemain tengah sensasi Aston Villa, Mahmoud Hassan menyeru rakan-rakan sepasukannya agar memberikan tumpuan untuk mengharungi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam usaha memburu slot ke pentas Eropah musim depan.

Pemain yang lebih dikenali sebagai Trezeguet itu menyifatkan, mereka berdepan tugas sukar untuk mengutip mata apabila bertemu dua gergasi EPL, Liverpool di Anfield malam ini dan pendahulu liga, Manchester City minggu depan.

“Kami masih memiliki baki sembilan perlawanan tetapi saya optimis berdasarkan prestasi semasa. Kami berpotensi untuk mendaki carta liga dan itulah yang diharapkan oleh semua pemain.

“Saya sedar kami berdepan jadual sukar bertemu Liverpool dan City. Namun, kami yakin tiada apa yang mustahil dalam bola sepak. Motivasi kami juga tinggi kerana pernah menang 7-2 ke atas Liverpool sebelum ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, skuad kendalian Dean Smith itu menerima khabar buruk apabila kapten, Jack Grealish terpaksa diketepikan sehingga hujung bulan ini kerana masih belum pulih daripada kecederaan yang dialami sejak Februari lepas.

Sebagai rekod, Grealish terlepas tujuh perlawanan EPL bersama Villa sejak mengalami kecederaan kaki pada Februari lalu dan dijangka kembali diturunkan menentang Fulham atau Liverpool bulan ini.

Bagaimanapun, atas nasihat pegawai perubatan, proses pemulihan Grealish terpaksa diteruskan dan memakan masa sekurang-kurangnya sebulan lagi se­belum dibenarkan menjalani latihan kompetitif.

Sekiranya cergas, Grealish mungkin berpeluang untuk beraksi pada penghujung musim ini termasuk dipilih menyertai skuad antarabangsa England ke Kejohanan EURO pada Jun depan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI