fbpx

Serina nafi jadi isteri kedua, bukan nikah di Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Serina (kiri) akui telah berkahwin di sebuah negeri di Malaysia.

PETALING JAYA – Selepas kecoh dikatakan perkahwinan keduanya tidak diketahui bapa sendiri, pelakon Serina tampil menafikan kononnya dia bernikah di Siam, Thailand sebagaimana dakwaan, cef selebriti Datuk Cef Wan semalam.

Serina dalam satu hantaran dalam Instagramnya sebentar tadi, menjelaskan, pernikahannya dengan lelaki dikenali sebagai Aidid sebenarnya berlangsung di Malaysia.

“Selepas papa (Cef Wan) tulis dia tidak tahu kami bernikah dan mengatakan kami berkahwin di Siam itu adalah tidak benar. Kami bernikah di sebuah negeri di Malaysia.

“Secara jujur, papa sudah tahu kami bernikah kerana saya sudah maklumkan papa. Suami juga sudah berjumpa dengan papa. Saya pun terkejut papa cakap kami kahwin di Siam.

“Fikirlah secara logik, sempadan pun tutup mana ada buka. Cuba doakan yang baik-baik dan jangan jadikan media sosial tempat tambah dosa, mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain,” tulis Serina.

Dalam pada itu, Serina turut menafikan dakwaan menjadi isteri kedua kerana suaminya berstatus duda tanpa anak.

“Saya ingin jelaskan suami saya bukanlah suami orang, (dia) duda. Sebelum kami berkenalan mereka sudah mempunyai masalah perkahwinan jarak jauh dan belum mempunyai zuriat. Jangan menuduh suami saya dengan perkara tidak benar,” tulis Serina lagi.

Serina turut mendakwa bapanya berang dan meluahkan kekecewaannya secara terbuka dalam Instagram semalam kerana hasutan pihak lain.

“Memang saya akui ramai yang hasut dan cucuk papa macam-macam, suka tengok keluarga kami hancur. Saya sentiasa hormati papa. Kami tidak ada masalah pun selama ini.

“Malah, papa sendiri ada muat naik di Instagram dia sebelum ini, dia merestui hubungan kami bernikah benda baik dan halalkan hubungan dituntut dalam Islam,” kongsinya.

Biarpun begitu Serina memaafkan yang membuat fitnah dan cuba menghancurkan keluarganya.

“Apapun saya memaafkan orang yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami, moga Allah beri orang ini hidayah. Tolong hormat juga keluarga sebelah mertua saya. Mereka pun ada perasaan. Doakan perkahwinan kami bahagian hingga ke akhir hayat,” kata Serina.

Semalam perkahwinan kali kedua Serina mencetuskan kontroversi apabilanya Cef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail, 63, dengan cerita secara terbuka mendakwa hanya mengetahui tentang majlis perkahwinan Serina selepas diberitahu oleh kakaknya yang juga menyedari perkahwinan tersebut menerusi Instagram.

Serina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Tristan Tareef O’luanaigh,11 dan Isabella Saffiya, sembilan tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI