fbpx

Sebagai ‘kuda hitam’, Perak sedia cipta keajaiban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESKIPUN akan berdepan pa­sukan pilihan, Johor Jewels pada aksi separuh akhir Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini, namun Perak Phoenix kekal tenang. Melangkah ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan A, Perak tetap memasang impian melakar kejutan melayakkan diri ke perlawanan akhir yang dija­dualkan berlangsung esok. Jurulatih Perak, Almastara Mohd. Hasim tanpa berselindung mengakui, skuad kendaliannya tetap memiliki peluang untuk mara ke perlawanan akhir biarpun berdepan Johor yang dibarisi ramai pemain bintang. “Perak tidak ada sebarang­ ­elemen kejutan untuk aksi nanti, cuma saya harap semua pemain berikan aksi terbaik serta buktikan kemampuan masing-masing. “Pada saya, pasukan bermain baik akan memiliki peluang le­bih cerah ke final. Oleh itu, tidak mustahil untuk kami mara ke perlawanan akhir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Pada masa sama, Perak turut mendapat suntikan semangat apabila tiga pemain yang cedera termasuk B. Pavitra Devi dilaporkan sudah cergas dan boleh diturunkan menentang Johor. Selain itu, Almastara juga berkata, beliau sudah berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan semua pemain, lebih-lebih lagi mereka berjaya mencapai sasaran untuk mara ke separuh akhir. “Memang ada tiga kecederaan sebelum ini termasuk Pavitra, namun mereka sudah pulih selepas melakukan rawatan bersama pakar fisioterapi, jadi mereka akan bermain nanti. “Sebenarnya, penyertaan kami dalam NSL adalah sebagai persiapan untuk Sukma (Sukan Malaysia). Justeru, layak ke separuh akhir pun saya cukup ber­puas hati,” ujarnya. Selain aksi Perak menentang Johor, satu lagi perlawanan separuh akhir yang menjadi tumpuan adalah pertemuan antara KL Wildcats dan Selangor Angels.

MESKIPUN akan berdepan pa­sukan pilihan, Johor Jewels pada aksi separuh akhir Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini, namun Perak Phoenix kekal tenang.

Melangkah ke separuh akhir sebagai naib juara Kumpulan A, Perak tetap memasang impian melakar kejutan melayakkan diri ke perlawanan akhir yang dija­dualkan berlangsung esok.

Jurulatih Perak, Almastara Mohd. Hasim tanpa berselindung mengakui, skuad kendaliannya tetap memiliki peluang untuk mara ke perlawanan akhir biarpun berdepan Johor yang dibarisi ramai pemain bintang.

“Perak tidak ada sebarang­ ­elemen kejutan untuk aksi nanti, cuma saya harap semua pemain berikan aksi terbaik serta buktikan kemampuan masing-masing.

“Pada saya, pasukan bermain baik akan memiliki peluang le­bih cerah ke final. Oleh itu, tidak mustahil untuk kami mara ke perlawanan akhir,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa sama, Perak turut mendapat suntikan semangat apabila tiga pemain yang cedera termasuk B. Pavitra Devi dilaporkan sudah cergas dan boleh diturunkan menentang Johor.

Selain itu, Almastara juga berkata, beliau sudah berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan semua pemain, lebih-lebih lagi mereka berjaya mencapai sasaran untuk mara ke separuh akhir.

“Memang ada tiga kecederaan sebelum ini termasuk Pavitra, namun mereka sudah pulih selepas melakukan rawatan bersama pakar fisioterapi, jadi mereka akan bermain nanti.

“Sebenarnya, penyertaan kami dalam NSL adalah sebagai persiapan untuk Sukma (Sukan Malaysia). Justeru, layak ke separuh akhir pun saya cukup ber­puas hati,” ujarnya.

Selain aksi Perak menentang Johor, satu lagi perlawanan separuh akhir yang menjadi tumpuan adalah pertemuan antara KL Wildcats dan Selangor Angels.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI