fbpx

PKPD Pusat Jagaan Rohaniah ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kampung Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan seperti yang telah dijadualkan esok.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan 123 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatifnya sebanyak 29 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM juga mengesahkan berlaku penurunan dengan kes terakhir direkodkan adalah pada 6 April lalu iaitu sebanyak dua kes.

“Pada masa sama, KKM juga memaklumkan bahawa kesemua kes positif telah menerima rawatan manakala kontak rapat pula telah diasingkan dan dipantau,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kampung Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan pada 11 April 2021 seperti yang dijadualkan sebelum ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI