fbpx

Penduduk kampung di India cuba hidupkan mayat guna ritual pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung cuba menghidupkan mayat Rabi dalam satu upacara unik. – Jam Press/India Photo Agency/Daily Star

NEW DELHI – Sekumpulan penduduk kampung cuba untuk menghidupkan semula mayat seorang lelaki dalam upacara pelik di sebuah perkampungan di timur India, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Dalam satu klip video yang dimuat naik di internet, penduduk kampung tersebut dilihat memukul dada mayat seorang lelaki dikenali sebagai Rabi Nahak dalam cubaan untuk menghidupkannya kembali.

Upacara sama turut menyaksikan seorang lelaki mencurahkan air daripada sebuah jag pada wajah si mati sambil badannya ditutup dengan kain yang kelihatan seperti bendera. Mereka turut menaburkan bunga pada mayat tersebut.

Beberapa individu kemudiannya menyapu mayat Rabi menggunakan sebuah objek yang ditutup dengan kain berwarna hitam.

Rabi yang berasal dari kampung berdekatan, mati selepas dikejarkan ke hospital. Lelaki itu jatuh sakit baru-baru ini.

Keluarganya bagaimanapun tidak membuat upacara pembakaran mayat menurut adat agama Hindu tetapi cuba menghidupkan semula mayat lelaki itu melalui ritual pelik.

Penduduk kampung tersebut gagal untuk menghidupkan semula mayat Rabi meskipun telah berulang kali mencubanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI