fbpx

Maut langgar dahan pokok di laluan kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan di mana mangsa terlanggar dahan pokok di laluan kecemasan di kilometer 229.5 Lebuhraya Utara Selatan (arah Selatan), di sini, malam tadi. - Gambar IHSAN PEMBACA

REMBAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar dahan pokok di laluan kecemasan di Kilometer 229.5, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di sini malam tadi.

Kejadian pada pukul 11.40 malam itu mengorbankan mangsa, Muhamad Arasy Bahar, 39, dari Kampung Padang Temu, Melaka yang disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad, siasatan mendapati mangsa menunggang motosikal jenis SYM dari arah Senawang ke Ayer Keroh, Melaka.

“Setibanya di tempat kejadian, mangsa terlanggar dahan pokok yang berada di laluan kecemasan menyebabkannya hilang kawalan dan terjatuh.

“Mangsa cedera dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian oleh pasukan paramedik,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, adik mangsa, Mohamad Azazol Bahar, 32, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa abangnya daripada rakan yang datang ke rumah sebaik mendapat maklumat mengenai kemalangan tersebut daripada WhatsApp.

“Saya terkejut sebab abang yang bekerja sebagai pemandu sebuah sekolah orang kelainan upaya di Kuala Lumpur kerap ulang alik ke kampung isterinya sejak lebih dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI