fbpx

Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah bakal lahir huffaz profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penasihat Agama Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Eyyup Gundogdu (kanan) menerima cek peruntukan daripada Tengku Mohamad Rizam (tengah) sempena Majlis Perasmian Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah, Tumpat hari ini. - Foto IHSAN MAIK

TUMPAT – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) telah menyalurkan peruntukan sebanyak lebih RM306,000 kepada Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di sini bagi program melahirkan golongan huffaz profesional.

Yang Dipertua Maik, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM126,000 digunakan bagi menaja pengajian 10 pelajar maahad tahfiz berkenaan untuk tempoh selama tiga tahun.

“10 pelajar terbabit akan ditaja sehingga setelah tamat pengajian di sini sebelum menyambung pelajaran di Turki. Kos keseluruhan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Turki,” katanya ketika merasmikan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah Malaysia, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Mengulas lanjut, Tengku Mohamad Rizam berkata, idea penubuhan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah diilhamkan hasil daripada lawatan kerja Maik ke Turki bersama kerajaan negeri Kelantan dua tahun lalu.

Katanya, bagi menyiapkan pembinaan bangunan maahad tahfiz itu, Maik melalui Wakaf Tunai menyalurkan sebanyak RM49,000 selain memperuntukkan wang zakat berjumlah RM56,646.

Katanya, selain itu, dana baitulmal sebanyak RM75,000 turut digunakan untuk pembelian perabot, pendingin hawa dan kemudahan lain.

Tambah Tengku Mohamad Rizam, Maik berharap pembinaan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah menjadi projek rintis kepada lebih banyak pembangunan sekolah wakaf di Kelantan dan seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI