fbpx

Liverpool mahu lunas dendam lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL bertekad membalas dendam terhadap kekalahan memalukan 2-7 kepada Villa pada Oktober tahun lalu. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mencabar anak-anak buahnya untuk bangkit kembali ke landasan kemenangan menjelang pertembungan getir aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Aston Villa di Stadium Anfield malam ini.

Sebagai rekod, The Reds mengalami kekalahan 1-3 kepada Real Madrid dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Estadio Alfredo Di Stefano awal pagi Rabu lalu.

Selain daripada kekecewaan kepada Real, Liverpool juga mempunyai misi ‘serampang dua mata’ untuk menebus kekalahan memalukan 2-7 kepada Villa yang dikendalikan Dean Smith sewaktu pusingan pertama EPL awal musim ini.

Kata Klopp, tiada jalan lain buat pasukannya kecuali mengutip tiga mata ke atas Villa sekali gus menghidupkan peluang mereka meraih slot ke pentas Liga Juara-Juara musim depan apabila menduduki tangga ketujuh EPL ketika ini.

“Kami tidak boleh terus kecewa dengan keputusan lalu, sebaliknya perlu terus berusaha mengutip mata demi mata untuk melangkah ke pentas Liga Juara-Juara. Saya akui kekalahan kepada Real telah menjejaskan moral pasukan.

“Namun, saya percaya pertemuan menentang Villa akan menaikkan kembali semangat pemain kerana pasukan mahu membuktikan sesuatu selepas tewas kepada mereka awal musim ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Klopp mahu pertahanan muda pasukannya, Trent Alexander-Arnold memberi tumpuan sepenuhnya di atas padang dan tidak menghiraukan kritikan yang dilemparkan ke atas dirinya sejak kebelakangan ini.

“Arnold masih muda dan saya yakin dia akan belajar daripada pengalaman sekali gus bangkit membuktikan keupayaan sebenar pada perlawanan seterusnya nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI