fbpx

KPN jumpa Hamzah berhubung pertukaran pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid

KLANG – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador akan menemui Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam tempoh terdekat bagi memberi penjelasan mengenai pelaksanaan pertukaran jawatan pegawai kanan polis yang ditangguhkan sebelum ini.

Abdul Hamid berkata, ini berikutan penangguhan dilakukan tanpa pengetahuannya berikutan beliau sedang bercuti ketika itu.

“Saya akan berjumpa dengan beliau (Hamzah) dan memberikan penjelasan teliti mengapa ia perlu diteruskan (proses pertukaran pegawai kanan).

“Tindakan saya mengeluarkan perintah pertukaran itu seperti mana undang-undang menyatakan ‘Command and Control’ kawal selia polis adalah di bawah tanggungjawab saya kepada Ketua Polis Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Selangor di Surau An-Nur, Bandar Puteri di sini hari ini.

Terdahulu, tular satu mesej kononnya campur tangan politik membabitkan menteri kabinet berlaku sehingga mengeluarkan arahan menangguhkan pertukaran Ketua Polis.

Mesej itu berbunyi  ‘Nampaknya campur tangan politik dalam Command dan Control of PDRM dah melampau.. Dengarnya pertukaran KP yang diarahkan oleh KPN  ditangguhkan dulu atas arahan menteri”.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid menjelaskan arahan pertukaran pegawai kanan membabitkan seramai 71 orang termasuk Ketua Polis negeri yang akan berkuatkuasa 12 April depan adalah demi kebaikan semua.

“Saya mengeluarkan arahan pertukaran itu untuk kebaikan semua dan tidak ada apa-apa yang luar biasa,” jelasnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI