fbpx

KKM diminta umum keputusan rentas negeri lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL (kiri) menerima cenderahati pada majlis Lawatan Kerja Menteri Pertahanan Ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Ulu Tiram, Johor Bahru di sini hari ini. Foto MASTURAH SURADI

KOTA TINGGI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diminta membuat pengumuman lebih awal berhubung keputusan merentas negeri sempena perayaan Aidilfitri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu bagi memudahkan orang ramai membuat persediaan awal dan tidak meganggu perancangan perjalanan bagi mereka yang hendak pulang ke kampung.

“Keputusan untuk benarkan atau tidak benar rentas negari adalah atas nasihat KKM. Bila mereka buat penilaian risiko, kalau buka (dibenarkan) apa risiko dan kesan.

“Jadi kita tunggu dari KKM boleh atau tidak. Saya tahu ia isu paling utama terutamanya bila tiba bulan puasa (ramai) hendak balik kampung, balik raya tetapi saya katakan ia bukan kuasa kita.

“Kuasa KKM mereka buat penilaian risiko kalau kita lihat dulu bila rentas negeri dibuka terdapat 31 kluster balik kampung sebab itu KKM berhati-hati kali ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Lawatan Kerja Menteri Pertahanan Ke Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) Ulu Tiram, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Muez Abd Aziz, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Nazari Abd Hadi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, pengumuman itu akan dilakukan dalam masa terdekat iaitu pada Ramadan ini.

“Kita akan umum cepat dan dalam waktu terdekat kita pun tak mahu mengganggu orang balik kampung hendak beli tiket pesawat atau bas.

“Kita akan minta KKM supaya buat pengumuman lebih awal. Yes or no pun biar lebih awal. Jadi rakyat boleh bersedia,”katanya lagi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI