fbpx

Kes buli Mingyu selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINGYU

AHLI kumpulan Seventeen, Mingyu kini boeh menarik nafas lega apabila isu buli membabitkan dirinya boleh dianggap selesai.

Agensinya, Pledis Entertainmnet dalam satu kenyataan menegaskan, kontroversi yang melanda penyanyi itu telah pun diselesaikan sejak Februari lalu.

Menurut Pledis, antara langkah yang diambil ialah mencapai kata sepakat dengan individu yang membuat tuduhan asal.

Agensi tersebut turut mengakui Mingyu bersalah atas kes buli yang dilakukan ketika waktu persekolahannya.

“Kami sudah memeriksa segala fakta kes tanpa tercicir mana-mana butiran. Sepanjang proses ini, kami berusaha menangani setiap permasalahan dan memastikan tiada siapa yang ditindas.

“Kami berhubung terus dengan penulis-penulis yang membuat perkongsian mengenai artis kami,” tulis Pledis.

Terdahulu, Mingyu dituduh pernah menjadi kaki buli di sekolah menerusi beberapa hantaran dalam talian yang kemudiannya tular dan dinafikan agensinya.

Dalam kenyataan sama, Pledis turut mengumumkan Mingyu akan kembali rancak dengan aktiviti seninya selepas lama direhatkan berikutan kes tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI