fbpx

Kereta lari SJR, nyaris rempuh polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang anggota polis JSPT menegur pemandu kereta tersebut yang cuba melarikan diri dari SJR, semalam.

PETALING JAYA – Sebuah kereta Kia Optima bertindak melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR ) dan nyaris merempuh seorang anggota polis berdekatan SJR Tol Kajang, di sini semalam.

Tindakan pemandu kereta yang cuba melarikan diri dengan berpatah balik disedari orang awam yang segera memaklumkan perkara itu kepada polis yang bertugas.

Terdahulu, video berdurasi 14 saat tular di media sosial memaparkan seorang anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menegur pemandu kereta jenis Kia berwarna hitam yang cuba lari daripada SJR.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd. Sabri Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 2 petang selepas anggota SJR dimaklumkan orang awam berkenaan sebuah kereta yang enggan melalui SJR dan cuba berpatah balik.

“Dalam kesesakan lalu lintas itu, anggota polis telah pergi ke arah kereta tersebut dan mengarahkan pemandunya agar berhenti, namun suspek enggan sebaliknya terus memecut melarikan diri.

“Anggota polis berkenaan cuba mengejar kereta itu bagaimanapun gagal apabila suspek berjaya memboloskan diri,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, jelasnya, polis membuka kertas siasatan dan memohon saksi awam tampil untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, iaitu memandu kenderaan secara melulu dan merbahaya serta di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas apabila enggan memberikan kerjasama semasa pemeriksaan hendak dijalankan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI