AHLI kumpulan Exid’s, Hani kini sedang menyambung pengajian dalam bidang psikologi di salah sebuah institut pengajian ternama di Korea Selatan.
Menerusi temu bual dalam program variati popular Korea, Ask Us Anything Fortune Teller baru-baru ini, Hani disoal hos mengenai perancangan dan tujuan hidupnya.
Lantas, penyanyi berusia 29 tahun itu mendedahkan dia kini baharu sahaja menyambung pengajian dalam bidang psikologi. Jika ada peluang, ilmu tersebut boleh dikongsikan untuk membantu rakan-rakan selebritinya yang berdepan masalah pada masa depan.
“Sebenarnya saya tidak begitu pasti tentang pemilihan bidang pengajian.
“Apa yang saya tahu, saya nak bantu dan tolong rakan selebriti dalam industri hiburan menerusi ilmu yang dipelajari nanti. Mungkin nasihat ,” ujarnya.