fbpx

Gantung diri lepas isteri dan anak lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MERSING – Seorang lelaki ditemui tidak bernyawa dalam bilik kediamannya di Taman Dato’ Ajib, Endau di sini petang semalam.

Mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemui saudaranya pada pukul 6.15 petang tergantung selepas dua hari berkurung dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, sejurus polis menerima panggilan berhubung kejadian itu, sepasukan anggota penyiasat dikejarkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati si mati berumur 38 tahun dan bekerja sendiri.

“Sebelum kejadian dikatakan si mati telah berselisih faham dengan keluarga di mana isteri dan anaknya telah berpindah rumah meninggalkan si mati bersendirian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Cyril berkata, mangsa juga dipercayai sudah dua hari tidak keluar rumah selepas dua hari tidak dapat dihubungi sebelum saudaranya membuat pemeriksaan ke atas rumah didiaminya.

“Tindakan saudaranya yang datang ke rumah untuk memeriksa keadaan lelaki tersebut membawa kepada penemuan mangsa yang telah meninggal dunia di dalam rumah.

“Mayat lelaki berkenaan kemudian dihantar ke Hospital Mersing untuk urusan bedah siasat,” katanya.

Tambahnya, polis masih melakukan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca kematian yang belum diketahui.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI