fbpx

Bot nelayan terbakar ketika berlabuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot nelayan yang dilabuhkan di jeti nelayan Batu 31 Jalan Kampung Belukar Kuantan musnah terbakar pagi tadi.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Sekumpulan nelayan cemas apabila bot mereka yang berlabuh di jeti nelayan Batu 31/2, Jalan Kampung Belukar di sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan berhubung kejadian kebakaran bot berkenaan kira-kira pukul 1.34 pagi.

“Susulan itu 16 anggota termasuk seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi pemadaman.

“Ketika tiba di lokasi bot kelas C2 yang dikatakan berisi 10,000 liter diesel itu sudah terbakar hampir 80 peratus dan api terus marak dengan cepat,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Anuar, operasi pemadaman menggunakan semburan buih kerana melibatkan minyak diesel manakala punca kejadian dan kos kerugian masih dalam siasatan.

Ujarnya, selain memusnahkan bot, kebakaran turut merosakkan kelengkapan menangkap ikan seperti pukat tunda tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI