fbpx

Antem liberti Lil Nas X

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Montero sebuah karya yang ringkas dan bersahaja, namun dikomplekskan dengan kenakalan Lil Nas.

PENYANYI rap muda sensasi Amerika Syarikat, Lil Nas X muncul dengan single terbaharu berjudul Montero (Call Me By Your Name). Lagu tersebut debut di posisi nombor satu Billboard Hot 100, namun dengan sedikit percikan kontroversi.

Ketepikan sementara kontroversi terbabit, yang ingin diketengahkan di sini ialah soal kualiti Montero sehingga melayakkan karya berkenaan berada di puncak populariti carta lagu global.

Dari segi ‘kemesraan telinga’, karya ciptaan bersama David Biral, Denzel Baptiste, Omer Fedi, Roy Lenzo dan Lil Nas sendiri itu mempunyai kekuatan maksimum tersendiri.

Intro ‘gitar’

Bahagian intro Montero memiliki identiti sama dengan Old Town Road yang pernah dirakamkan Lil Nas sekitar 2019 iaitu dengan sedikit suntikan petikan gitar.
Itu satu langkah genius Lil Nas, sekali gus mengingatkan pendengar tentang kejayaan karya yang menggegarkan nama rapper tersebut di mata dunia.

Apa rasanya memiliki lagu paling popular dunia dengan judulnya terteriak nama sebenar penyanyi?

Perihal itu hanya dapat dirasakan Lil Nas atau nama lengkapnya, Montero Lamar Hill.

Sebenarnya, Montero sebuah karya yang cukup ringkas dan bersahaja, namun dikomplekskan dengan kenakalan Lil Nas. Penyanyi itu memang terkenal dengan peribadi yang suka mengusik dan melenting dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Bahagian korus Montero mudah melekat berbanding single terdahulunya berjudul Panini dan Rodeo yang sepertinya tidak mempunyai identiti, sehinggakan Lil Nas hampir mendapat gelaran sebagai ‘one hit wonder’.

Kebebasan

Baru berusia 21 tahun, Lil Nas dengan beraninya pernah menempelak suara Gabenor South Dakota, Kristi Noem yang tidak berpuas hati dengan penampilannya. Lil Nas dikatakan membawa pengaruh negatif kepada anak-anak muda.

Peribadinya, Montero merupakan antem yang sarat semangat kebebasan dan liberti yang sering disuarakan ramai, terutama golongan muda. Mereka seperti sudah muak dengan cara pengurusan sesuatu perkara secara konservatif.

Karya tersebut juga menjadi peringatan kepada pendengar agar sentiasa jujur dengan pendirian, tidak hanyut godaan semasa dan melupakan episod hitam masa lampau demi kehidupan lebih baik.

Buat Lil Nas, kendatipun bergelumang dengan kehidupan glamor dan barangkali pernah terleka, dia tetap seorang lelaki dengan pangkalan nama Montero sebelum perkataan itu diangkat menjadi karya yang terjulang tinggi!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI