fbpx

Ahmad Zahid, Anwar akan dipanggil polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL HAMID (dua kiri) melancarkan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Selangor di Surau An-Nur, Bandar Puteri, Klang, hari ini.-Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED

KLANG – Polis akan memanggil Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi merekodkan keterangan berhubung rakaman perbualan audio telefon yang sedang tular di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, perkara itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) biasa bagi menjalankan sesuatu siasatan.

Menurut beliau, pihaknya sudah membuka kertas siasatan susulan lapan laporan polis yang dibuat orang awam.

“Mengikut SOP, tindakan yang diambil adalah pegawai penyiasat akan panggil merakamkan keterangan (Ahmad Zahid dan Anwar) dan itu adalah proses siasatan.

“Ahmad Zahid dan Anwar boleh tampil membuat aduan supaya polis menjalankan siasatan sekiranya merasakan diri teraniaya,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Taman Angkat Skuad Aman Wanita (Amanita) Kontinjen Selangor di Surau An-Nur, Bandar Puteri di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis negeri, Datuk Arjunaidi Mohamed.

Semalam, Abdul Hamid menasihatkan Presiden Ahmad Zahid dan Anwar membuat laporan polis berhubung rakaman perbualan audio telefon itu.

Terdahulu, sebuah rakaman audio berdurasi empat minit didedahkan dikaitkan dengan Ahmad Zahid dan Anwar yang saling berterima-kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas perwakilan-perwakilan UMNO bersetuju dengan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, kata Abdul Hamid, pihaknya mempunyai sebab untuk membuka sesuatu kertas siasatan sekiranya menerima banyak laporan polis.

“Sekiranya orang ramai berasa tertekan, cemas dan teraniaya, kita berhak untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI