fbpx

Ibarat buku bertemu ruas – Fazdlun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR SYAFAZLIYANA (kiri) pastinya menjadi taruhan untuk mengekang aksi An Najwa manakala Karishma sedia meledak gol yang banyak menjelang aksi antara KL WildCats dan Selangor malam ini.

PILIHAN utama, Kuala Lumpur (KL) Wildcats meletakkan sandaran kepada dua pertahanan berpengalaman kebangsaan, Nur Syafazliyana Mohd. Ali dan Noramirah Dayana Noor Azhar untuk merantai Goal Shooter (GS) Selangor Angels, An Najwa Azizan dan S.L. Karishma.

Kedua-dua pemain itu mempunyai fizikal dan pengalaman yang dilihat mampu menyaingi An Najwa dan Karishma pada aksi separuh akhir Netball Super League (NSL) antara KL Wildcats dan Selangor di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur malam ini.

Bekas GS kebangsaan, Fazdlun Abas mengakui per­kara itu, namun menjelaskan aspek paling utama yang akan menentukan pe­menang adalah konsistensi oleh setiap pemain.

“Selain Sya­fazliyana dan Noramirah, KL ada (Puteri Intan) Balqis (Ahmad Dzulkefli) serta Noordiya­nah (Noorabadinee) di bahagian serangan yang perlu diberi perhatian.

“Selangor pula sudah tentu An Najwa dan Firra (Syuhada Hasrin). Begitupun, kedua-dua pasukan ini mempunyai rata-rata pemain yang boleh beraksi di pelbagai posisi.

“Prestasi perlu konsisten dan jangan lakukan kesilapan mudah. Itu yang terjadi kepada Selangor yang berulang kali melakukan kesilapan mudah menjadi punca kekalahan mereka kepada Johor (Jewels) sebelum ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.

Pada masa sama, Fazdlun percaya Selangor akan mencari jalan bagi memastikan setiap hantaran bola gagal dibaca pemain-pemain KL Wildcats dan berjaya sampai di tangan An Najwa untuk menghasilkan jaringan demi jaringan malam ini.

“Syafazliyana dan Noramirah tahu kelebihan serta kelemahan An Najwa kerana mereka bertiga sudah lama dalam skuad kebangsaan. Mereka sudah bermain tiga kali Sukan SEA dan pelbagai kejohanan antarabangsa.

“Sekarang bukan mengenai skil atau taktikal, sebalik­nya bagaimana ada mengawal emosi dan psikologi se­waktu perlawanan. Saya percaya siapa yang kurang mela­kukan ke­silapan akan memenangi perlawanan itu nanti,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI