fbpx

84 premis makanan jual air kosong mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
12 premis makanan di Selangor dikenakan tindakan kerana menjual air kosong pada harga tidak munasabah.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan 84 premis makanan di seluruh negara menjual air kosong pada harga tidak munasabah melebihi RM1.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, antara kes tertinggi dicatatkan di Kelantan iaitu 14 kes, Selangor (12 kes) dan Sabah serta Johor masing-masing lapan kes.

Beliau berkata, Pahang mencatatkan tujuh kes, Terengganu (enam kes), Kuala Lumpur (lima kes), Melaka (empat kes), Pulau Pinang dan Labuan (tiga kes) dan Perak, Negeri Sembilan dan Perlis (dua kes).

“Semua pengusaha premis makanan itu dikena notis (tunjuk sebab) mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“(Penjualan air kosong tidak munasabah) tidak sepatutnya berlaku dan sepatutnya dijual pada harga 20 sen hingga 30 sen sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan program Jelajah Franchise Bay peringkat Terengganu di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan sebanyak 12 premis makanan di Selangor dikenakan tindakan kerana menjual air kosong pada harga tidak munasabah.

Pemeriksaan di restoran mewah, restoran biasa, restoran makanan segera, restoran francais dan kedai makan atau warung di negeri tersebut menjual air kosong dengan harga tinggi sehingga RM1 segelas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI