fbpx

Usahawan kraf Terengganu jana jualan RM5.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nancy (dua dari kiri) melihat ukiran kayu sewaktu melancarkan PPKK peringkat Terengganu di Kraftangan Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Usahawan kraftangan Terengganu menyumbang RM5.2 juta kepada industri kraf negara dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, jualan yang diperolehi pengusaha tekstil, kraf diperbuat daripada hasil rimba, tanah, logam dan lain-lain dari Terengganu itu meliputi kira-kira 16.15 peratus daripada nilai keseluruhan RM32.2 juta yang dijana industri tersebut.

“Ia merupakan perkembangan positif buat pengusaha kraftangan Terengganu. Setakat ini tujuh daripada 154 aktiviti di bawah Program Pembangunan Kemahiran Komuniti (PPKK) telah dilaksanakan di di negeri ini sejak tahun lalu.

“Antaranya nraf anyaman mengkuang Bertulang, jahitan beg batik, batik skrin lilin, jahitan pelitup muka batik, anyaman kipas mengkuang dan kraf teknik kayu campuran resin,” katanya selepas melancarkan PPKK peringkat Terengganu di sini hari ini.

Nancy berkata, kementerian juga telah memperkenalkan program Pembangunan Perantisan Kemahiran bagi membantu pengusaha kraftangan berkenaan mendapat tenaga kerja mahir.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, 23 pengusaha kraf kayu Terengganu telah membuat permohonan untuk mendapatkan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Ukiran Kayu dari Kraftangan Malaysia.

“Sijil berkenaan melayakkan pengusaha mendapatkan sijil kewangan daripada Kementerian Kewangan sebagai pembekal bagi kod bidang perkhidmatan seni ukir,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI