fbpx

Tolong jadi teladan, bukan umpatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar sekitar pernikahan Neelofa dan Haris.
RIDZAUDDIN ROSLAN
WARTAWAN EKSEKUTIF

Muak! Itu mungkin apa yang dapat digambarkan tentang tanggapan orang ramai terhadap sikap segelintir selebriti tanah air yang didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pilih kasih atau mereka tidak bersalah? Itu juga antara persoalan yang dibangkitkan netizen di laman media sosial apabila kes me­langgar prosedur operasi standard (SOP) seakan dipandang sepi.

Terbaru, apa dipersoalkan netizen melibatkan perkahwinan Neelofa apabila majlis dianggap sebagai ‘Wedding of the Year’ itu terpalit kontroversi susulan tiada penjarakan fizikal.

Menyingkap semula kejadian lepas, seramai 19 orang ter­ma­suk pasangan pengantin ditahan ketika bergambar di tepi sungai dekat Langkawi. Mengapa isu perkahwinan Neelofa masih sunyi? Adakah beliau istimewa berbanding rakyat marhaen lain?

Sementara itu, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor mahu menyelesaikan semua isu secara profesional dengan pihak berkuasa melibatkan kontroversi antara dirinya dan suami, Haris Ismail.

“Jika ada tindakan atau tiada tindakan (daripada pihak berkuasa), biar saya selesaikan sendiri.

“Saya tidak mahu bercakap lebih kerana tidak mahu memudaratkan keadaan,” katanya.

Polis juga telah membuka kertas siasatan dan memanggil Neelofa dan suami berhubung tindakan memuat naik gambar serta video percutian mereka di Langkawi.

Menurut Pegawai Psikologi Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Sains Malaysia, Fauziah Abdullah, golongan selebriti yang mempunyai pe­ngaruh besar dalam kalangan orang awam perlu menjadi penyebar maklumat kepada orang ramai.

“Tiket dimiliki mereka sebenarnya lebih besar berban­ding golongan profesional lain memandangkan rakyat sangat meminati mereka dan ia harus dijadikan platform terbaik pe­nyampaian informasi.

“Jadi, apa yang dilakukan mereka akan menjadi rujukan peminat, jika negatif maka reaksi diterima mungkin kurang baik dan akan mendapat kritikan orang ramai,” katanya.

Katanya, golongan selebriti perlu menggunakan kelebihan mereka untuk membantu kerajaan dengan mendidik masyarakat dan bukannya me­langgar arahan yang ditetapkan.

“Proses mendidik itu akan menjadi lebih mudah berikutan hubungan yang sedia terjalin antara artis dan masyarakat sekali­ gus membolehkan maklumat diterima sebaiknya,” ujar­nya.

Konsepnya, Neelofa atau mana-­mana selebriti lain yang dianggap sebagai model ikutan oleh masyarakat perlu menampilkan keperibadian positif khususnya dalam menyalurkan maklumat kepada orang ramai.

Selain peranan pengamal media, golongan itu juga harus menjadikan pengaruh mereka untuk menyampaikan informasi kepada peminat lebih-lebih lagi berkaitan SOP PKP dan Covid-19.

Jadilah role model kepada rakyat dan bukannya mengambil kesempatan populariti yang ada untuk menjadi ‘orang kayangan’.

Rakyat memerhati dan menilai, kalau salah, tindakan sama perlu diambil tanpa layanan istimewa kerana tiada sesiapa me­lebihi undang-undang negara.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI