fbpx

Tetak rakan selepas dituduh amal ilmu hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARANG panjang yang digunakan dalam kejadian bunuh di Mukah kelmarin.

MUKAH – Berang dituduh mengamalkan ilmu hitam, seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila menetak rakannya sampai mati dalam kejadian di rumah pekerja di Ladang Solar Green, Judan di sini malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superitendan Jimmy Panyau berkata, kejadian berdarah tersebut berlaku pada pukul 7 malam.

“Siasatan awal mendapati terdapat perselisihan faham antara mangsa yang merupakan warga Indonesia dan suspek.

“Mangsa dipercayai telah me­nuduh suspek yang merupakan warganegara sama mengamalkan ilmu hitam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Suspek diberkas bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, suspek yang berang telah bertindak keluar dari rumah berkenaan untuk mengambil sebilah parang yang disimpan di dalam sebuah lori berdekatan sebelum menetak rakannya itu.

Selepas membunuh mangsa, suspek kemudian segera me­larikan diri dan bersembunyi di dalam ladang berkenaan.

Pemeriksaan mendapati mang­sa yang dikenali sebagai Mukhlis, 32, cedera di bahagian belakang tengkuk.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Mukah di sini untuk dibedah siasat.

Bertindak atas maklumat, polis kemudiannya dapat memberkas suspek yang berusia 31 tahun.

Selain tangkapan, polis me­rampas sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI