fbpx

Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pada 14 Jun 2003 menunjukkan Ratu Elizabeth II dan Putera Philip melanmbai dari balkoni Istana Buckingham di London. - AFP

LONDON –  Suami Ratu Elizabeth II iaitu Putera Philip  yang menjalani rawatan selama sebulan di hospital kerana masalah jantung, meninggal dunia hari ini, kata Istana Buckingham dalam penggumumannya.

Beliau meninggal dunia pada usia 99 tahun.

“Dengan penuh dukacita, Ratu Elizabeth II mengumumkan kematian suami tercinta, Putera Philip yang memakai gelaran Duke of Edinburgh.

“Beliau meninggal dunia dengan tenang pagi ini di Istana Windsor,” kata Istana Buckingham dalam kenyataannya.

Kebimbangan berhubung keadaan kesihatan Duke of Edinburgh meningkat selepas beliau menerima rawatan selama sebulan di sebuah hospital baru-baru ini.

Putera Philip meninggalkan hospital pada 16 Mac lalu selepas menjalani  prosedur  untuk  merawat  jangkitan yang tidak didedahkan.

Beliau dimasukkan ke hospital pada 16 Februari lalu atas nasihat doktornya selepas mengadu berasa tidak sihat.

Philip pulang ke Istana Windsor, barat London, di mana beliau memencilkan diri bersama Ratu Elizabeth sejak pandemik koronavirus bermula tahun lalu.

Sekiranya masih hidup, usia Putera Philip dijangka mencecah 100 tahun Jun ini. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI