fbpx

Rockology, Akim teruskan legasi Search

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROCKOLOGY Search X Akim malam ini di WaronkAvenue, Melaka.

ENGUNDURAN Amy dari tampuk vokalis Search sekitar Mac tahun lalu memang berbekas, namun tidak mematahkan semangat kumpulan asal Johor Bahru untuk meneruskan perjuangan.
Terbaharu, band itu bakal membuat persembahan pemanas gelanggang ‘warm up showcase’ menerusi Rockology Malaysian Tour 2021 yang bakal berlangsung pada 10 April ini (esok), pukul 9 malam bertempat di WaronkAvenue, Melaka.

Menariknya, persembahan tersebut buat julung kali menampilkan Search yang diwakili oleh Din (gitar), Kid (gitar), Pae (dram) dan Galang (bassist) bersama penyanyi AkimAhmad.

Biarpun tanpa kehadiran Amy yang dianggap ‘sakti’ Search, namun nama dan legasi kumpulan legenda tidak mudah terkubur.

SELEPAS Yazit meninggal dunia, Search kini hilang vokalis apabila Amy pula mengundurkan diri.

Pemain gitas bass, Nasir juga tidak dapat bersama dalam persembahan berkenaan kerana urusan perniagaan yang tidak dapat dielakkan. Nasir bagaimanapun akan terbabit pada persembahan akan datang.

Mewakili Search, Din berharap peminat akan terus menerima kehadiran dan memberikan sokongan pada setiap persembahan membabitkan Search selepas ini.

“Muzik adalah kerjaya dan minat saya. Kami mahu pengakhiran yang baik. Jadi, walaupun tanpa adanya abang Amy, kami akan terus menggerakkan Search. Kami sayang band ini.

“Ke mana saja pergi orang tanya mengenai Search. Jadi, persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim ini bagi mengubat rindu peminat. Persembahan ini sangat penting, Ini permulaan buat Search kembali. Harapan saya peminat boleh terima kami walaupun tanpa Amy dan Nasir.

“Bagi saya, Amy tak ada ganti. Cuma, saya perlu bergerak ke depan untuk teruskan legasi Search. Sebab peminat masih ada dan saya yakin dengan sokongan diberikan selama ini,” katanya.

Ditanya mengenai kemasukan Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret, Din berkata pemilihan dibuat bersama pasukan produksi.

AKIM dipilih sebagai vokalis untuk menjayakan persembahan Rockology Search X Akim.

Pilihan utama

“Kami terlebih dahulu buat perbincangan dengan pasukan produksi. Ada beberapa nama yang disenarai pendek. Selepas penilaian, ramai memilih Akim. Ini bukan penilaian saya seorang.

“Cuma, kalau ditanya secara peribadi, pilihan pertama saya juga ialah Akim.

“Akim ada karisma tersendiri selain kredibiliti dimiliki yang mana dia boleh buat lagu. Pendek kata dia ada pakej. Jadi, beri dia peluang untuk buat persembahan bersama kami. Cuma, jangan bandingkan dengan Amy,” katanya.

Kecil tapak tangan, sejuta pentas Akim persembahkan. Teruja dan tidak sabar, itu respons Akim menjelang gema pentas malam esok.

“Saya akui, Search memang idola saya dari dahulu lagi.

“Apabila dapat menyanyi dan buat persembahan bersama, ini satu penghargaan buat saya.

“Insya-Allah, saya akan cuba berikan yang terbaik.

“Kepada semua peminat Search jangan lupa saksikan persembahan kami dan tunjukkan tanda sokongan anda buat Search,” katanya.

Bagi penganjur daripada Playmad Sdn. Bhd., Abdul RasyidRahman atau dikenali sebagai Acid, persembahan Rockology Malaysian Tour 2021 Search X Akim sesuatu yang istimewa biarpun dirancang dalam tempoh singkat.

Pentas pertama Rockology Search X Akim malam ini di Melaka.

“Idea persembahan ini tercetus selepas saya menonton temu bual dan Jam Session oleh DJ Ismahalil Hamzah bersama Din dan Kid Search secara langsung dalam Facebook.

“Berdasarkan sambutan diberikan, saya yakin Search masih ada aura tersendiri.

“Jadi, saya terus menghubungi Din untuk mengajaknya datang ke Melaka bagi mendengar cadangan saya. Malah, saya membawanya untuk melihat ruang acara di Waronk Avenue.

“Pemilihan Waronk Avenue sebagai ‘warm up showcase’ Seach X Akim juga membuatkan pemiliknya Johari Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Ajo berasa amat teruja kerana di sinilah buat pemuzik dan karyawan tempatan boleh mempamerkan, menjual dan mengekspresikan karya mereka” katanya.

“Alhamdulillah, perbincangan bersama Search lancar. Din pula menghubungi pihak pengurusan Akim untuk mendapatkan khidmat Akim sebagai penyanyi bagi menjayakan persembahan ini.

Alhamdulillah, respons yang baik diterima daripada pihak Akim,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI