fbpx

Ringgo bahagia di hari persandingan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ringgo (kanan) bersama anak, menantu dan besannya pada majlis persandingan yang berlangsung di Kampung Sungai Petai, Pasir Puteh hari ini. Foto : TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Selepas enam hari keluar dari Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, bekas vokalis kumpulan Arrow, Ringgo mampu mengukir senyuman apabila anak sulungnya melangsungkan perkahwinan di Kampung Sungai Petai di sini hari ini.

Ringgo atau nama sebenarnya, Mohd. Zain Ramli, 51, sebelum ini dirawat di wad lelaki hospital itu selepas mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum disahkan menghidap jantung bengkak dan berair.

Menurutnya, dia amat gembira apabila anak lelakinya, Nur Muhammad, 24, dapat mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihan hati, Nur Amalina Fadzullah, 19.

Katanya, majlis akad nikah diadakan secara sederhana dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Mukum Pulau Lim pagi tadi sebelum majlis perkahwinan di rumah rumah pengantin perempuan pada pukul 2.30 petang.

“Sebanyak tujuh dulang hantaran dengan mas kahwin sebanyak RM5,000 menjadi pelengkap majlis hari ini.

“Rumah menantu dan besan tidak jauh dari kedai saya, Warung Roti Canai Ringgo iaitu hanya 90 meter. Atas dasar cinta mereka, kedua-dua keluarga bersetuju mempercepatkan proses akad nikah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di majlis persandingan di rumah pengantin perempuan di sini hari ini.

Terdahulu, Ringgo disahkan menghidap jantung bengkak dan berair selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di HTA di sini pada 1 April lalu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI