SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) akhirnya menerima kekalahan pertama selepas tewas 2-3 kepada pasukan Kelantan United FC malam tadi.
NSFC mendapat gol pertama seawal minit pertama hasil tandukan Zaquan Adha Abd. Razak.
Perlawanan pertama dihadapan 1,086 penonton di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermain dengan strategi tersendiri.
Tidak mengambil masa yang lama pada minit ke-20 Alfusainey Gassama berjaya menjaringkan gol pertama Kelantan United FC untuk menyamakan kedudukan.
Separuh masa pertama dengan tambahan masa tiga minit dan Saiful Ridzwan Selamat dikenakan kad merah selepas menjatuhkan Muhammad Ashraf Aliffuddin Yasin sebelum perlawanan tamat.
Pada minit ke-51 Alfusainey sekali lagi menjaringkan gol kedua untuk Kelantan United FC.
Tidak mengambil masa yang lama pemain NSFC, Alain Thierry Akono Akono menyamakan kedudukan pasukan hasil tandukan.
Gol ketiga Kelantan United FC dijaringkan Mohamad Hariz Kamarudin pada minit ke-64 melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti. K! ONLINE.