fbpx

Putrajaya perlu jadi penanda aras ekosistem selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) optimis terhadap usaha menjadikan Putrajaya penanda aras bandar dengan ekosistem selamat dan hijau melalui pengurangan jumlah kematian dan kecederaan kemalangan jalan raya sekurang-kurangnya 50 peratus daripada unjuran yang ditetapkan.

JPJ berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada kandungan Deklarasi Putrajaya iaitu ‘Komuniti Putrajaya: Peneraju Model Keselamatan Jalan Raya’ sebagai pernyataan komitmen terhadap Tindakan Sedekad Global bagi Keselamatan Jalan Raya yang Ke-2.

Katanya, ia selepas senario statistik kemalangan di Putrajaya mencatatkan peningkatan di antara dua peratus sehingga empat peratus sejak 2017 sehingga 2019 dan diunjurkan terus meningkat sekiranya masih mengambil pendekatan ‘business as usual’.

“Jumlah kematian dalam tempoh berkenaan merekodkan angka tujuh sehingga sembilan orang tahun demi tahun.

“Pada tahun lalu, Putrajaya telah mencatatkan sebanyak enam kes kemalangan maut dengan enam kematian dan dijangka terus meningkat sekiranya masih mengambil pendekatan ‘business as usual’,” katanya.

JPJ berkata demikian dalam satu kenyataan selepas forum Komuniti Putrajaya: Peneraju Model Keselamatan Jalan Raya bersempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Platinum JPJ ke-75 yang diadakan di Kementerian Pengangkutan hari ini.

Forum itu dihoskan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Zailani Hashim sebagai moderator dan melibatkan panel-panel terdiri daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman; Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Muhammad Azmi Mohd. Zain dan Pengarah Eksekutif, Safe Kids Malaysia, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia,
Prof. Dr. Kulanthayan K.C. Mani. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI