fbpx

Polis rujuk 11 kertas siasatan ke atas Sivanesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi

SHAH ALAM – Polis menyerahkan 11 kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa Presiden Pertubuhan Organisasi Kebajikan Rakyat Malaysia, T. Sivanesan atas kesalahan membuat laporan palsu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tindakan itu dilakukan pihaknya susulan 13 laporan polis yang dibuat Sivanesan sejak dua tahun lalu.

Katanya, semua laporan itu masing-masing empat diterima pada 2019 dan tahun lalu, manakala lima lagi pada tahun ini.

“Laporan berkenaan antaranya di bawah kesalahan ugutan jenayah iaitu Seksyen 506 dan 507 Kanun Keseksaan.

“Hasil semakan mendapati laporan dibuat pengadu (Sivanesan) adalah tidak benar dan pegawai penyiasat turut membuat laporan kerana bukti menunjukkan laporan itu palsu,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Hujung tahun lalu, media melaporkan pegawai atasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat didakwa memiliki kekayaan luar biasa dan terlibat dengan kegiatan rasuah.

Sivanesan dipetik mendakwa, kegiatan rasuah turut berleluasa berlaku di IPD itu dan melibatkan pegawai atasan.

Mengulas lanjut, kata Arjunaidi, dakwaan bahawa polis tidak menjalankan siasatan turut dianggap tidak benar.

“Jika Sivanesan tidak berpuas hati, dia boleh menghubungi kita (polis) untuk memberi bukti berdasarkan dakwaan yang dibuatnya.

“Kita akan siasat seadilnya dan tindakan polis adalah berdasarkan fakta dan keterangan,” katanya.

Tambah beliau, kes terhasap Sivanesan dibuka mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu membuat laporan polis palsu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI